Anugerah Ballon d'Or dibatalkan buat kali pertama - Utusan Malaysia

Anugerah Ballon d’Or dibatalkan buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Anugerah Ballon d’Or tidak akan diadakan buat kali pertama dalam sejarah ekoran pandemik Covid-19.

Itu bermakna, trofi yang diberikan kepada pemain bola sepak terbaik dunia tidak akan mempunyai pemenang buat kali pertama sejak Stanley Matthews dari England memenangi anugerah pada 1956.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi akan mengekalkan gelaran Ballon d’Or yang dimenangi tahun lalu bagi tempoh 12 bulan lagi.

“Tiada anugerah Ballon d’Or edisi 2020. Selepas perbincangan mendalam dibuat mendapati syarat-syarat penganugerahan tidak dapat dipenuhi.

“Kami berpendapat, perjalanan kalendar bola sepak tahun ini yang terganggu tidak boleh dianggap sebagai sama seperti tahun-tahun sebelumnya,” kata Ketua Pengarang France Football, Pascal Ferre.

Messi mendahului senarai pemenang Ballon d’Or terbanyak dengan enam gelaran (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019), diikuti Cristiano Ronaldo (2008, 2013, 2014, 2016, 2017). 

Ronaldo dan Messi pada awalnya dijangka bersaing merebut gelaran  tahun ini bersama bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski serta pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.

Selain Messi, pemain Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe turut mengekalkan gelaran Ballon d’Or bagi kategori wanita untuk tempoh setahun lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya