'Semua bimbang tengok Mbappe' - Utusan Malaysia

‘Semua bimbang tengok Mbappe’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Semua orang sangat bimbang melihat Kylian Mbappe terbaring menahan sakit selepas cedera buku lali dalam final Piala Perancis awal pagi tadi, kata jurulatih Paris Saint-Germain (PSG),Thomas Tuchel.

Mbappe diterjah keras oleh kapten Saint-Etienne, Loic Perrin pada babak pertama dalam perlawanan yang menyaksikan PSG menang 1-0.

Akibatnya, Perrin dilayangkan kad merah dan Mbappe terpaksa dikeluarkan selepas buku lali kanannya cedera teruk.

“Semua orang bimbang. Sesiapa sahaja yang melihat insiden itu memang akan bimbang.

“Kami masih menunggu laporan keadaan sebenar Kylian, dia mungkin terpaksa melakukan pembedahan,” kata Tuchel.

Mbappe kelihatan menahan sakit ketika meninggalkan padang dan digantikan dengan Pablo Sarabia.

Peluangnya untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara yang bersambung Ogos depan kini samar. PSG dijadual menentang kelab Serie A, Atalanta di Estadio da Luzpada pada 12 Ogos.

PSG sebelum itu akan bertemu Lyon dalam Piala Liga Perancis akhir, Jumaat depan.

Jurulatih Saint-Etienne, Claude Puel mengakui, Mbappe, 22, terlalu pantas buat Perrin, pemain pertahanan berusia 34 tahun.

“Saya harap dia hanya mengalami kecederaan ringan. Niat Perrin hanya untuk menghalang bola tapi Kylian terlalu pantas,” kata Puel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya