Tukar ke FC atau lupakan saingan Asia - Utusan Malaysia

Tukar ke FC atau lupakan saingan Asia

WINDSOR PAUL JOHN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah empat tahun diarah tukar, namun tidak pernah ambil peduli.

Akibatnya, ada pasukan Liga Malaysia (Liga M) mungkin tidak dibenarkan beraksi pada peringkat Asia musim depan gara-gara gagal bertukar status kepada FC (kelab).

Setiausaha Agung Konfede­rasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John mendedahkan, walaupun Liga M antara yang popular dan menawarkan gaji lumayan, namun ia satu-sa­tunya liga di Asia mahu pun Asia Tenggara masih menghantar pasu­kan bertaraf persatuan untuk beraksi pada peringkat ter­tinggi.

Tegas Windsor, sekalipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran kepada persatuan-persatuan ne­geri dengan melanjutkan tempoh akhir penswastaan, namun AFC tidak akan bertolak ansur.

“Kalau pasukan dari Malaysia masih gagal bertukar status FC, mereka tidak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara, Piala AFC dan semua kejohanan bertaraf kelab anjuran kami.

“Benda ini bukan yang mengejutkan, bukan baru diberitahu bulan lalu. Kami dah cakap sejak empat tahun lalu.

”Kenapa kita beri penekanan dalam isu ini? Ia untuk kebaikan bola sepak Malaysia. AFC memerlukan semua pemegang taruh memastikan proses ini (penswastaan) berjalan sempurna supaya kita dapat menaikan taraf industri bola sepak profesional,” kata Windsor kepada Utusan Malaysia.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia semalam, bekas presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, 90 peratus pasukan Liga M masih bergantung kepada dana kerajaan dan hanya berpura-pura menjadi ‘kelab’.

FAM memberi tempoh sehingga September untuk semua pasukan menyelesaikan urusan pertukaran status, namun difahamkan tidak sampai 50 peratus memenuhi syarat ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya