Messi masih boleh bermain dengan hebat pada usia 50 tahun

Messi masih boleh bermain dengan hebat pada usia 50 tahun

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Emiliano Martinez menggesa kapten Argentina, Lionel Messi agar mengetuai negara itu pada Piala Dunia 2026, sekalipun bintang penyerang tersebut sudah menginjak usia 39 tahun, empat tahun dari sekarang.

Messi, 35, menjadi watak penting yang membawa Argentina mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, di mana mereka akan berdepan Perancis.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu meledak lima gol setakat ini, termasuk penalti ketika menyingkirkan Croatia 3-0 pada separuh akhir.

Messi baru-baru ini mendedahkan aksi final nanti penampilan terakhirnya di Piala Dunia dan berhasrat menutup kejohanan dengan memenangi satu-satunya kejuaraan yang tidak pernah diraih sepanjang kariernya yang gemilang.

EMILIANO MARTINEZ

Martinez menggalas tugas penjaga gol No. 1 Argentina pada Piala Dunia kali ini bagaimanapun mempunyai perancangan berbeza dan percaya kapten mereka itu mampu memimpin pasukan sekali lagi pada Piala Dunia akan datang dalam tempoh empat tahun lagi.

“Pada saya dia boleh beraksi hingga umurnya 50 tahun. Dia kelihatan begitu tajam dan dia dapat terus bermain dengan sangat baik.

“Dia membuatkan perkara nampak mudah dan itu perkara paling sukar untuk dilakukan. Cuba  memahami bagaimana bagus dia mengawal bola adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

“Dia meletakkan bola di sana dan melihat ke arah anda, kemudian menanduk bola ke penjuru paling atas. Jika dia tersasar sekalipun, ia akan terkenal tiang gol atau palang. Dia kecil, tetapi kuat,” kata Martinez kepada FootballersLives.tv. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya