Dikwan teruskan misi buru pingat - Utusan Malaysia

Dikwan teruskan misi buru pingat

MOHAMAD RIDZUAN PUZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Ridzuan Puzi meneruskan misi memburu pingat Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas melangkah ke perlumbaan akhir 100 meter T36 (cerebral palsy) esok.

Biarpun catatan yang dilakukan dalam saringan dua hari ini iaitu 12.06 saat jauh daripada rekod peribadi terbaiknya, 11.87s, namun yang penting Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Dikwan masih di landasan memburu pingat.

Pelari kelahiran Perlis berusia 34 tahun itu memenangi perlumbaannya, mengenepikan Yang Yifei dari China di tempat kedua dengan 12.10s, manakala pelari Jawatankuasa Olimpik Rusia (PRC), Evgenii Shvetsov ketiga dengan 12.26s.

Jaguh Australia yang juga juara dunia, James Turner melaungkan amaran dia sedia merampas emas yang dimenangi Ridzuan di Rio 2016 apabila memenangi saringan pertama bersama rekod temasya 11.87s.

Pelari China, Peicheng Deng menduduki tangga kedua dengan 11.88s, manakala Alexis Sebastian Chavez dari Argentina ketiga 11.91.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya