Sukar maafkan suami

Sukar maafkan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

BARU-BARU ini suami curang dengan rakan sekerjanya. Walaupun suami minta maaf dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi, tetapi hati saya sangat kecewa. Wajarkah saya maafkan suami dan mempercayainya selepas apa yang dilakukan kepada saya? 

KELUANG 

 

JAWAPAN

Perkahwinan adalah penyatuan antara dua hati. Jika kedua hati saling berpaut dan menjaga ikatan terbina, segala ujian yang hadir pasti mudah dihadapi berdua.

Situasi dihadapi puan sangat mencabar emosi. 

Normal apabila kecewa dan terluka kerana kepercayaan diberikan, dikhianati suami sendiri.

Keputusan untuk memaafkan dan mempercayai semula suami adalah sesuatu keputusan peribadi dan memerlukan pertimbangan mendalam. 

Berikut beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan: 

a)Terima – Akui apa yang telah berlaku, ambil masa untuk merasai segala emosi yang hadir. Elakkan terburu-buru dalam membuat keputusan besar semasa dalam keadaan emosi tidak stabil.

b)Fokus – Jaga kesihatan fizikal dan mental. Lakukan aktiviti yang memberi ketenangan kepada anda. Dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli keluarga terdekat untuk berkongsi perasaan dialami. Elakkan daripada melakukan sesuatu yang merosakkan diri. 

c)Komunikasi – Ajak suami duduk dan berkongsi rasa. Jelaskan kepada suami akan kekecewaan dan kesakitan anda rasai daripada perbuatan itu. Walaupun sukar, perlu juga mendengar penjelasan suami mengenai tindakan tersebut supaya dapat mengetahui punca masalah. 

d)Tetapkan batasan – Jelaskan batasan yang diharapkan dalam perhubungan sekiranya memilih memberi peluang kedua. Suami perlu tahu apa yang yang tidak boleh diterima dalam perhubungan. Beritahu suami bahawa kepercayaan perlu dibina semula dan memerlukan masa serta usaha berterusan. 

e)Perancangan masa depan – Fokus perhubungan masa depan. Jika masih boleh dipertahankan, usahalah sebaik mungkin. Namun jika perbuatan tersebut berulang lagi, pertimbangkan dengan cara terbaik agar perkahwinan dipertahankan, tidak terus menyakiti puan. 

f)Kaunseling keluarga – Pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan kaunselor perkahwinan. Selain membantu mengatasi isu ini dengan lebih membina, ia juga membantu puan menguruskan emosi dengan baik. 

g)Keputusan terbaik – Apapun keputusan diambil, pastikan ia adalah yang terbaik untuk puan dan anak-anak. Sentiasa memikirkan keputusan terbaik dengan mengambilkira kestabilan kewangan, tempat tinggal dan penjagaan anak-anak. 

 

Menghadapi suami yang curang memerlukan kekuatan dan kesabaran. Pastikan setiap langkah diambil untuk kebaikan puan sekeluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya