“Dari dulu, saya dikelilingi orang yang terbabit dengan rakyat termasuk arwah emak yang aktif membantu penduduk di Petrajaya,” ujar Datuk Seri Nancy Shukri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu berkata, darah politik yang ada dalam dirinya banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Ibunya, Bibi McPherson merupakan ketua wanita sekitar 1960-an dan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak. Malah, ibunya turut turun ke kampung-kampung untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan seperti merancang keluarga. “Saya pun selalu mengikut emak bila ada aktiviti memasak untuk askar. Masa itu saya kecil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya