PENGLIBATANNYA dalam kraf resin bermula tanpa disangka setelah menonton video tutorial artis Jepun yang melintas di laman Instagram, kira-kira lima tahun lalu. Dalam sekelip mata, Nurul Alya Zakariah, 25, jatuh hati pada kraf unik yang pertama kali dilihatnya itu. Tanpa berlengah, lulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini lantas menempah kit resin secara dalam talian. Semangat berkobar-kobar itu didorong oleh minat mendalamnya pada bidang seni terutama melukis dan membuat buku skrap, sejak kecil. “Saya masih ingat, ketika itu musim perayaan Tahun Baharu Cina dan tempahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya