KONSEP perkahwinan dalam taman, pantai, Melayu klasik dan Jawa sering menjadi pilihan kebanyakan mempelai di negara ini. Namun, lain buat Sarah Ashiqin Salleh, 27, yang memilih tema Hello Kitty di hari bahagianya bersama pasangan, Muhamad Nazrin Abdullah, 33. Pemilihan tema tersebut didorong oleh minat mendalamnya pada watak kartun Jepun itu. Dalam masa sama, ia dapat meninggalkan nostalgia indah dalam mahligai perkahwinan yang dibina. Pasangan yang merupakan rakan sekerja di Proton Rawang, disatukan di Gamuda Gardens pada 4 Ogos lalu. “Dari dulu lagi saya mengimpikan majlis kahwin berkonsepkan Hello Kitty walaupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya