SIAPA sangka replika dibina mengikut reka bentuk kapal sebenar yang sering ditempah peminat seni rupa-rupanya dihasilkan oleh seorang penduduk di Kuala Krai, Kelantan. Lebih membanggakan, hasil tangan anak Kampung Sungai Durian itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan memikat peminat dari pelbagai negara sejak dua tahun lalu. Zaidi Zali, 40, kini menjadikan pembikinan replika kapal sebagai kerjaya tetap berikutan tempahan yang memberangsangkan. Menurutnya, pada awalnya aktiviti itu yang bermula pada 2008 dibuat secara sambilan sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang. “Pengalaman bekerja sebagai kelasi yang banyak menghabiskan masa di atas kapal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya