Lantai kemasan kayu makin jadi pilihan

Lantai kemasan kayu makin jadi pilihan

LANTAI jenis Laminate yang lebih tebal dan seakan kayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak hujung 2022 dan sehingga kini, lantai dengan kemasan kayu dilihat semakin menjadi pilihan para pencinta dekorasi.

Ia turut diakui oleh Pemilik Bersama Floor Decor, Nurul Aqilah Ahmad yang melihat trend pemilihan lantai pada ketika ini lebih terarah kepada lantai Vinyl, Laminate dan Stone Plastic Composite (SPC).

Vinyl adalah jenis kemasan lantai yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti plastik atau polivinyl klorida yang juga dikenali sebagai PVC.

Bagaimanapun, berbeza dengan tikar getah biasa, rekaan lebih moden dengan lapisan berbeza.

Lantai Laminate pula merupakan lantai kemasan kayu yang diperbuat daripada kayu keras kitar semula, manakala SPC diperbuat daripada campuran batu dan plastik kemudian dijadikan seperti kepingan kayu nipis setebal 4 milimeter (mm).

Kata Nurul Aqilah, untuk kawasan residen, ramai memilih lantai jenis SPC dan Laminate.

“Kalau dulu, Vinyl banyak menjadi pilihan kerana harganya yang murah, namun disebabkan harga Vinyl kini tak jauh beza dengan SPC dan Laminate, ramai memilih SPC dan Laminate kerana lebih tebal dan selesa.

“SPC juga kalis air. Pemasangan hanya perlu gunakan EPE Foam 1mm dan interlock, lebih selesa berbanding Vinyl kerana lebih tebal,” jelasnya.

DIPASANG pada tangga untuk kesan estetik.

Tambahnya, SPC antara yang terbaharu dalam pasaran lantai kerana permintaan pengguna yang mahukan lantai sedikit tebal dan tidak menggunakan gam selain kalis air.
Namun, pemasangan SPC memerlukan lantai yg rata sebelum pemasangan bagi mengelakkan material rosak.

Bagaimanapun, lantai Laminate pula tidak mempunyai ciri kalis air serta tidak sesuai di tempat yang mempunyai masalah anai-anai.

“Tetapi antara semua lantai, yang ini paling selesa sebab ketebalannya 8mm dan seperti kayu apabila memijak atasnya. Cara pemasangan sama seperti SPC iaitu menggunakan EPE Foam 2mm.

“Pengguna boleh memilih ketiga-tiga jenis lantai ini mengikut bajet dan minat mereka,” ujarnya.

Selain itu, beberapa elemen perlu diambil kira sebelum membuat pemasangan lantai di kediaman.

Antaranya ialah ketebalan dan fungsi seperti kalis air dan anti anai-anai.

“Lebih tebal lebih selesa. Namun, ada juga yang suka lantai jenis bukan kayu, maka boleh pilih SPC atau Vinyl.

“Untuk pemilihan warna, ketiga-tiga material ada banyak pilihan warna dan kesemuanya kelihatan seakan sama. Bezanya adalah ‘rasa’ ketika pijak lantai itu,” kongsinya yang sudah mengusahakan Floor Decor sejak 2019.

Syarikat dekorasi lantai itu menawarkan pilihan lantai Korea Vinyl, SPC dan Laminate pada harga berpatutan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya