Warna, cahaya bangkit keceriaan PSS - Utusan Malaysia

Warna, cahaya bangkit keceriaan PSS

WARNA dan pencahayaan membantu membangkitkan mood pelajar. – utusan/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pusat sumber atau perpustakaan membosankan kerana perlu senyap? Yang sebaliknya berlaku di Pusat Sumber Sekolah (PSS), Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (SKCJ). Mereka tidak terikat dengan larangan sedemikian kerana di PSS, mereka digalakkan beraktiviti.

CIKGU FAZILLAH MUSA menganggap tugasan digalas untuk mengubah PSS sebagai mencabar kerana pusat itu pada asalnya berwarna suram.

Impian itu direalisasi Cikgu Fazillah Musa, 38. Beliau berjaya merubah hampir 360 darjah PSS di sekolah berkenaan daripada kurang bermaya kepada menceriakan.

“Ketika dipertanggungjawabkan mengendali PSS ini pada awal tahun lalu, saya umpama diberi satu tugasan mencabar kerana suasana di dalamnya memang suram dan tidak menarik.

“Kebetulan guru-guru seangkatan tahu saya memang minat dengan dunia dekorasi. Sebab itulah peluang ini diberikan kepada saya untuk mengubah suasana di PSS, bercirikan abad ke-21,” katanya.

RAK buku ringkas.

Memilih konsep minimalis dan hipster, sesuai cita rasa generasi muda, katanya, peranan PSS tidak seharusnya cuma sebagai gedung ilmu.

“Ia harus berfungsi sebagai ruang ilmu secara santai dan lebih terbuka untuk para pelajar meneroka lebih banyak kemahiran dalam suasana yang kondusif,” katanya.

Lantaran itu, konsep yang diterapkan mengubah persepsi pelajar dan guru untuk tidak terlalu serius dengan suasana dalam PSS, sebaliknya bebas beraktiviti termasuk membaca buku, mengakses Internet dan membeli barangan keperluan.

KEMAS

Mengulas mengenai aspek warna, Fazillah memilih nuansa ceria dan pencahayaan semulajadi bagi membangkitkan mood ceria dan bersemangat. Susun atur tidak terlalu sarat menjadikan ruang tampak lebih luas dan selesa. Segmen tertentu seperti capaian internet, gerai dan sudut bacaan.

“Sejak transformasi itu dilakukan, PSS ini sentiasa menerima kunjungan. Pelajar dilihat berlumba-lumba mendapatkan tempat di dalamnya sama ada secara individu mahupun berkumpulan,” katanya.

Beliau turut rasa bertuah kerana segala usaha transformasi itu mendapat kerjasama baik Guru Besar Sekolah, Mohd Royahan Abdullah, Guru Penolong Kanan, Ismail Mohamad Hanafiah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

“Saya yakin wajah baru PSS dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik pelajar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya