Tergamam saya apabila membaca berita kanak-kanak lelaki 10 tahun hamilkan sepupu berusia 15 tahun. Sukar otak saya memproses berita itu kerana saya mempunyai anak saudara lelaki berusia 10 tahun. Dia masih bersifat keanak-anakan. Suka bermain basikal lajak dan meminta wang untuk membeli aiskrim dan jajan. Ya, itu sifat kanak-kanak yang normal pada saya. Tidak terjangkau dek akal bagaimana di usia itu sudah pandai melakukan hubungan intim. Saya pernah berbual bersama pengetua pusat rumah perlindungan dan bimbingan remaja mengenai perkara ini. Dengan kehadiran penghuni di bawah umur tanpa henti, timbul di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya