Evian, kucing jantan baka ragdoll berusia lima tahun ini sangat mementingkan kebersihan. Kerana itu, ia gemar dibawa ke salon untuk didandan dan dirapikan bulu-bulu. Apabila di salon, karakternya cukup manja dan langsung tidak merengek atau mengamuk apabila disentuh serta dibelai. Demikian perkongsian pemiliknya, Nor Anis Halyatie Halim ketika ditanya mengenai si manjanya yang dipelihara sejak dua tahun lalu. Katanya, paras rupa menawan dan bulu lembut bak baldu yang dimiliki Evian turut membolehkan haiwan itu dipilih sebagai kucing pempengaruh. Ia bernaung di bawah platform kumpulan pempengaruh kucing popular Malaysia, Pawsquad. Mengulas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya