MENUNAIKAN solat tarawih selama tiga jam merupakan antara kenangan manis yang dilalui Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman, 43, semasa memburu lailatul qadar di Mekah. Walaupun kaki lenguh, namun hatinya tenang apabila mendengar bacaan Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais yang lunak merdu dan menusuk jiwa. Siapa sangka sudah masuk tahun kelima Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2009 ini melakukan rutin itu di Tanah Suci. Terbaharu, beliau dijadualkan berangkat ke sana bagi mengerjakan umrah bersama suami, dua anak, ibu di samping pengurus dan pembantu peribadi. “Suasana Ramadan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya