Mencipta gaya clean look pada kediaman menjadi idaman semua penggemar dekorasi kediaman. Minggu ini, Seri kongsikan gaya clean look yang melatari kediaman milik guru, Ainaa Yasmin Alias. Ainaa Yasmin yang mengetengahkan hiasan dalaman moden kontemporari dengan sedikit percikan gaya rumah ladang Inggeris bijak bermain dengan empat rona asas untuk membangkitkan suasana kemas dan bersih, atau dikenali sebagai clean look. Kata wanita berusia 38 tahun ini, putih, kelabu, beige dan hitam menjadi warna utama yang melatari keseluruhan kediaman teres dua tingkat itu. “Kediaman ini menampilkan penggunaan warna neutral dan perabot yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya