Kebanyakan wanita memiliki rasa geli terhadap haiwan amfibia berikutan teksturnya yang berlendir dan lembik. Namun, berbeza dengan Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, 25, yang menjadikan katak kerbau Afrika atau African bullfrog sebagai haiwan kesayangannya. Katanya, katak itu tidak seperti spesis lain kerana saiznya yang besar dan berwajah garang. Tetapi di matanya, haiwan dipanggil Jiraiya itu tetap comel apatah lagi dengan sifatnya yang tahan lasak. “Ekspresi wajah katak ini unik, sekali gus dapat menggambarkan keakrabannya dengan pemilik,” katanya kepada Seri. Dalam pada itu, Syazlin Hafisya berkata, African bullfrog bersifat karnivor dan memerlukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya