SEBELUM ini, keluarganya pernah berdepan konflik dalam menjaga arwah datuk yang uzur. Walaupun datuknya memiliki 12 zuriat, namun lelaki itu memilih untuk tinggal di rumah seorang anak sahaja, tanpa bergilir-bergilir ke kediaman lain. Lama-kelamaan situasi itu menimbulkan rasa kurang senang pada ‘penjaga’ datuknya kerana pergerakan yang menjadi makin terbatas. Lantas, ia menyuntik ilham buat Che Puan Intan Syafinas Ranjit untuk membuka pusat penjagaan warga emas, Laman Khaira pada 2017. Tambahan pula, ketika itu, tidak banyak lagi pusat seumpamanya untuk muslim yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. Katanya, pusat jagaan warga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya