ANGKASAWAN Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Sunita Williams memecahkan rekod jumlah masa berjalan di angkasa lepas oleh angkasawan wanita. Dengan catatan baharu 62 jam enam minit, Sunita berjaya mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Peggy Whitson iaitu 60 jam 21 minit. Beliau merupakan salah seorang daripada dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun 2024. Sunita bersama seorang lagi angkasawan, Butch Wilmore dilaporkan berjaya menyelesaikan misi perjalanan di angkasa lepas pada 30 Januari lalu. Menurut NASA, kedua-dua angkasawan itu menyelesaikan objektif utama mereka, termasuk menanggalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya