Sentuhan mentah cipta mahligai estetik

Sentuhan mentah cipta mahligai estetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak pernah terfikir pula gaya Scandinavian yang digabungkan dengan reka bentuk industri mampu menghasilkan mahligai indah nan nyaman.

Buktinya, kediaman milik seorang guru ini tampil menarik dengan padanan kedua-dua gaya yang popular dalam kalangan peminat dekorasi.

Gaya Scandinavian melatari keseluruhan ruang rumah, manakala reka bentuk industri pula tertumpu pada bahagian yang ditambah serta di luar.

Menariknya, bahagian yang dilatari dengan reka bentuk industri banyak mengetengahkan seni mentah (raw).

Misalnya, dinding konkrit yang dibiar begitu sahaja tanpa dilitupi cat, penggunaan material besi, kaca serta batu-bata merah yang tidak disimen membangkitkan gaya rustik dan unik.

Pemiliknya, Muezah Abdul Rahman berkata, dia dan suami, Zulhazry Mohd. Yusoff menerapkan unsur minimalis dalam melengkapkan konsep yang dipilih.

“Elemen utama bagi kami ialah pemilihan warna, sama ada untuk dinding rumah, perabot atau aksesori.

“Selain itu, bagi bahagian rumah yang ditambah, binaannya perlu kelihatan mentah dan industri, sebagai contoh konkrit yang dibiarkan tanpa cat, penggunaan besi, batu-bata dan kaca yang kelihatan rustik,” katanya kepada Seri.

GAYA MINIMALIS
Menyentuh mengenai gaya Scandinavian pula, katanya, ia direalisasikan dalam sentuhan minimalis.

“Konsep Scandinavian sudah menerapkan unsur minimalis kerana less is more dan cuma banyak bermain dengan warna-warna serta rekaan.

“Jadi, dua konsep ini memang paling mudah untuk dicampurkan kerana ia saling melengkapi. Kami sebenarnya tertarik dengannya ketika melihat rumah-rumah di negara Nordik dan Scandinavia sewaktu mengembara. Rumah-rumah yang kami sewa ringkas dan menarik, sesuai untuk keluarga kami yang kecil,” katanya.

Konsep yang melatari kediaman teres dua tingkat ini juga fleksibel kerana gayanya yang ringkas membolehkan pemilik mengubah susun atur bagi disesuaikan dengan selera.

Malah, susun atur yang sederhana juga membuatkan rumah tidak kelihatan serabut serta kebanyakan perabot yang digunakan adalah yang malar segar menjadikannya tidak mudah ditelan zaman.

“Dari segi pengurusan, mudah bagi bahagian dalaman kerana ia ringkas tapi rumit untuk luaran, kerana penjagaan struktur mentah perlu lebih teliti akibat mudah berlumut.

“Malah, cat perlu diganti sesudah beberapa waktu di samping penjagaan struktur besi untuk mengelakkan karat dan warna cat yang lusuh,” katanya yang banyak berkongsi idea dekorasi di Instagram, scandihomeseriemas.

Kediaman ini sangat memukau pandangan mata dengan gayanya yang ringkas, namun penuh dengan nilai estetika.

Sentuhan warnanya juga berjaya membangkitkan suasana tenang dengan penggunaan rona-rona lembut seperti putih, kelabu, biru muda, kuning dan hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya