SETIAP kali saya ke premis makanan bertaraf warung, medan selera dan mamak, pasti situasi ini berlaku. Sudahlah perut lapar, terpaksa pula menghidu udara yang tercemar dan berbahaya kepada kesihatan. Terputus selera nak menjamah hidangan yang dipesan dek gangguan asap-asap rokok dari meja berdekatan. Kecik besar mata saya memandang si ‘pesalah’ yang tanpa segan silu menyalakan api rokok dan menghembus asapnya di tempat terbuka. Makin rancak bersembang dengan kawan-kawan, makin kuat hembusan si perokok tegar. Pemerhatian saya mendapati dalam tempoh 30 minit, tiga batang rokok dihisap tanpa henti. Bayangkan kesan buruk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya