Sekali pandang, nampak macam ruang pameran untuk rekaan hiasan dalaman. Namun, inilah ‘syurga’ Norsyahirah Nazry, 30, dan keluarganya berteduh. Ringkas sekalinya konsepnya, bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu minimalis. Susun atur yang minimal memberi efek lapang dan tenang pada kediaman jenis pangsapuri seluas 850 kaki persegi ini. Norsyahirah bijak menggayakan ruang yang terhad dengan dekorasi dan susun atur sederhana tanpa perlu mengorbankan sisi estetik pada satu-satu ruangan. Katanya, konsep yang melatari keseluruhan ruang adalah moden minimalis. “Rumah ini adalah Rumah Mampu Biaya Johor yang dimiliki ketika hamil anak pertama. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya