MELIHAT kefasihan penterjemah sastera dan pengkaji budaya ini bertutur dalam bahasa Melayu membuatkan saya hampir terlupa asal-usul keturunannya. Di mata saya, wanita kacukan Cina (Malaysia) dan Serani (Singapura) ini sudah lengkap ciri-ciri kemelayuan, ditambah dengan penampilan anggun serta sopannya berkebaya rona merah. Ujarnya, busana tradisi Melayu itu umpama pakaian seragam harian sama ada ketika bekerja atau bersantai. Malah, Pauline Fan, 46, yang dilahirkan di bumi England turut pandai ‘kecek’ Kelantan dek hubungan akrabnya dengan komuniti makyung dan main puteri sejak lebih dua dekad lalu. Menceritakan pengalaman ‘bermesra’ dengan bahasa Melayu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya