Patio konsep Inggeris penyeri laman

Patio konsep Inggeris penyeri laman

Perabot rotan lengkapkan ruangan patio di halaman rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tatkala melihat kediaman ini, mata saya terus tertancap pada ruangan patio yang terletak di halaman rumah.

Ruangan ini tampak tenang dan nyaman sekali gus sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Ia juga membangkitkan suasana ala kediaman Inggeris memandangkan kebanyakan rumah di negara barat memiliki patio sebagai ruangan santai.

Pemilik kediaman, Siti Khadijah Ab.Hamid berkata dia dan suami memilih untuk menghasilkan ruangan patio mengikut gaya dan keperluan keluarga.

“Kami memilih set kerusi dan meja rotan untuk ruangan patio ini bagi membangkitkan suasana dan gaya yang berbeza.

“Di ruangan sekitar ini juga kami hiasi landskap kami dengan pokok pokok hijau serta bunga yang berwarna-warni bagi memberikan kesegaran dan kedamaian ketika bersantai bersama keluarga.

“Kawasan taman sekitar patio ini juga adalah hasil kreativiti suami,” katanya kepada Seri.

Inggeris Minimalis

Menjengah ke ruangan dalam, kediaman yang berkeluasan lebih 2,800 kaki persegi ini mengetengahan sentuhan Inggeris Moden pada keseluruhan ruang.

Kata Siti Khadijah, konsep itu bertepatan dengannya yang gemarkan gaya elegan dan estetik di samping minimalis.

“Kami percaya bahawa keupayaan konsep ini untuk mencipta gaya malar segar serta keupayaannya untuk memperlihatkan kediaman kami bergaya dan berfungsi.

“Kami juga mengutamakan fungsi setiap ruang dan mengekalkan estetika yang bersih dan tenang. Ia bertujuan memberikan rasa lapang walaupun di ruang yang kecil,” ujarnya.

Elemen yang melengkapkan gaya Inggeris dapat dilihat pada pengunaan hiasan dinding panel wainscoting yang sinonim dengan rekaan dalaman rumah di negara barat.

“Kami juga memilih untuk menghasilkan cermin wainscoting di salah satu bahagian dinding untung menjadikan ruang makan dan ruang tamu kelihatan luas dan elegan.

“Setiap perincian sudut rumah ini adalah hasil do-it-yourself (diy) kami suami isteri dari wainscoting hinggalah ke hiasan cermin wainscoting,” kongsinya.

Cermin wainscoting pada ruang makan beri ilusi lebih luas dan lapang.

Elemen menarik juga dapat dilihat pada pemilihan sofa jenis Chesterfield rona hijau firus yang membangkitkan lagi suasana rumah ala Inggeris.

Meja makan rona kayu pula dipadankan dengan kerusi yang mempunyai sedikit elemen rotan berjaya memberikan sentuhan estetik yang menarik.

Selain itu, tambahan meja konsol dengan rekaan pendiang api (fireplace) di sudut ruang tamu turut memberi penekanan kepada penataan keseluruhan yang berkonsepkan barat.

“Untuk ruangan dapur kami tidak fokus kepada element tertentu kerana kami sesuaikan setiap dekorasi dan gaya mengikut citarasa kami sendiri.

“Kami memilih warna putih untuk kebanyakan hiasan dapur dan ada sedikit kemasan rona emas. Untuk mengelakkan tidak mudah bosan dan membangkitkan suasana yang berbeza kami memilih shiplap sebagai panel dinding dan ia berbeza dengan ruang tamu,” katanya.

Secara keseluruhannya, kata Siti Khadijah, gaya yang dipilih mudah untuk diselenggara memandangkan dekorasi dan penggunaan perabot yang digunakan adalah minimalis.

siti Khadijah bersama suami dan anak-anak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya