Diam-diam ubi berisi.’ Ini peribahasa yang saya rasa sesuai untuk menggambarkan figura ini. Sepanjang pengetahuan saya, Datin Narqes Mohd. Raimi tidak pernah sekalipun terpalit dengan kontroversi apatah lagi mencipta kontroversi demi mengejar tular yang menjadi trend ketika ini. Begitupun, empayar kesihatan dan kecantikan yang diasaskan sejak 2016, Narqes Holdings Sdn. Bhd. dan Narqes Group of Companies tidak pernah berhenti meniti kejayaan demi kejayaan, malah kian berkembang ke segmen perniagaan yang lain. Bermula dengan hanya sebuah pusat kecantikan di Ampang, Kuala Lumpur, Narqes terus melebarkan sayap dengan menubuhkan kilang kosmetik sendiri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya