Pertama kali melihat kediaman ini mata saya tertancap kepada bahagian dapur yang saya kira cukup menarik sekali. Keseluruhan ruang dapur dilatari dengan rona merah jambu yang lembut sekali gus menjadikan ruang itu tampil nyaman dan tenang. Rona itu membangkitkan suasana estetiknya yang tersendiri kerana pemilihan rona merah jambu lembut tidak terlalu mencolok mata berbanding merah jambu terang. Pemilik kediaman, Ku Nadia Asilah Ku Mahizan,32, berkata, dapurnya itu berkonsepkan rumah ladang Inggeris dengan penataan dan susun atur banyak mengetengahkan gaya barat itu. Begitu juga dengan bahagian ruang tamu yang turut mengetengahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya