SAYA tertarik untuk mengikuti perkembangan wanita jelita ini lantaran kagum dengan perkongsian dan pengalamannya menjawab peperiksaan untuk pengajian ijazahnya sewaktu sedang berpantang. Bukan sekali, tetapi dua kali iaitu selepas melahirkan anak pertama dan keduanya. Kegigihan Fazeera Nazri Azrai, suri hati kepada aktor tampan, Fizo Omar ini, dalam mengejar ilmu sememangnya layak dikagumi. Dalam hati saya terdetik, gigihnya wanita ini mengejar ilmu walaupun dalam keadaan sebegitu. Biasanya wanita yang baharu lepas melahirkan, memerlukan rehat secukupnya apatah lagi perlu menguruskan bayi yang baharu sahaja melihat dunia. Pendek kata, ia bukan mudah dilakukan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya