MALAYSIA Boleh! Begitulah semangat yang sentiasa menjadi teras kejayaan atlet-atlet kita di arena sukan antarabangsa. Tahun ini mencatatkan sejarah apabila Pestle & Mortar, jenama streetwear tempatan yang sinonim dengan penceritaan melalui rekaan, bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia menghasilkan koleksi istimewa sempena Olimpik Paris 2024 dengan mesej Lebih Pantas, Lebih Tinggi, Lebih Kuat Bersama. Pestle & Mortar telah lama dikenali sebagai jenama menggunakan pakaian sebagai kanvas untuk menyampaikan cerita. Rekaannya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di Asia Tenggara, menghidupkan kembali nostalgia dan memupuk perbualan melalui setiap helaian kain. Koleksi eksklusif ini menampilkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya