KETIKA ini ramai yang sudah cakna mengenai pemilihan makanan yang lebih sihat.
Salah satunya, roti sourdough. Roti yang diperbuat dengan bahan-bahan yang minima ini dikatakan lebih sihat kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas dan tiada pengawet.
Malah, proses fermentasi dalam pembuatan roti ini menyebabkan kadar kandungan gluten yang lebih rendah sekaligus baik untuk pencernaan.
Biarpun rasanya tidak sama seperti roti putih komersial, namun roti jenis ini memiliki bau yang lebih wangi dengan rasa yang sedikit masam namun tidak keterlaluan.
Resipi kali ini dikongsikan oleh Afifah Powzi yang memilih pemakanan lebih sihat dengan roti sourdough. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN
300 gram tepung roti tinggi protein
75 gram active starter (yis liar)
225 gram air
6 gram garam
CARA-CARA
1. Beri makan starter dan biar menaik sehingga tiga hingga empat kali ganda (ambil masa tiga hingga empat jam).
2. Campur semua bahan di dalam mangkuk dan adun sehingga rata dan menjadi doh kasar.
3. Tutupkan dan biar selama 30 minit.
4. Lakukan ulian pertama (regang
dan lipat) dan tutup semula.
5. Biarkan doh selama 30 minit lagi.
6. Lakukan ulian kedua (coil fold), tutup dan biar selama 30 minit lagi.
6. Ulang langkah 5 selama dua kali (jumlah empat kali uli).
7. Selepas siap ulian keempat, tutup dan biar doh mengembang selama sejam setengah lagi. Sila awasi doh supaya tidak terlebih kembang (overproof).
8. Apabila doh sudah kembang 30 hingga 35 peratus dari asal, bolehlah bentukkan dan masukkan dalam bakul rotan banetton yang dilapik kain.
9. Masukkan dalam peti ais untuk proses cold proofing selama lapan hingga 16 jam.
10. Keluarkan doh, terbalikkan ke atas kertas membakar dan kelar doh.
11. Masukkan doh ke dalam periuk besi tuang (cast iron), tutup periuk dan bakarselama 230 darjah selsius selama 40 minit.
12. Selepas 40 minit, buka penutup periuk dan sambung bakar selama 15 minit pada suhu 200 darjah selsius.
13. Keluarkan dari periuk dan sejukkan selama sejam sebelum dipotong.