PEMANDANGAN kita sentiasa dihiasi dengan perokok. Tidak kira lelaki atau perempuan mahupun budak dalam seragam sekolah. Rokok, pod, vape atau apa saja panggilan untuk perbuatan berkenaan, semuanya membawa implikasi buruk kepada kesihatan pelaku dan orang sekelilingnya yang dipanggil perokok pasif. Dalam kalangan perokok tegar, pandangan saya ini tentunya tidak digemari sebab terkena batang hidung sendiri, namun saya menegur bersebab dan mewakili suara perokok pasif. Bagaikan sudah menjadi tanggungjawab, saya tetap akan menegurnya. Manalah tahu teguran saya di kolum kecil ini boleh membuka minda insan-insan terpilih ini untuk menghentikan tabiat berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya