“SAYA akan hantar berita kepada kamu sebaik sahaja gambarannya jelas”. Ini mesej terakhir dihantar Shireen Abu Akleh kepada rakan sekerjanya di Al Jazeera pada pukul 6.13 pagi, 11 Mei 2022. Pesanan itu dihantar hanya beberapa minit sebelum beliau ditembak mati pasukan tentera Israel dalam serbuan ke kem pelarian Jenin, di wilayah Tebing Barat yang diduduki. Pada awal tahun 2022, Tebing Barat mula menyaksikan gelombang keganasan terburuk sejak intifada kedua berakhir pada 2005. Shireen sedang membuat liputan dari Jenin pada 11 Mei, ketika Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melakukan serbuan di sana.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya