TAHUN lalu, suri rumah berusia 31 tahun dari Gopeng, Perak ini ‘menduduki’ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi Kertas 2, Pendidikan Seni Visual (PSV). Walaupun setiap calon diwajibkan memilih satu soalan sahaja, tetapi lain buat Sharifah Nusaibah Syed Ishak yang menjawab empat daripada keseluruhan enam soalan diberikan. Empat soalan itu ialah lorong bangunan bersejarah ketika hujan di waktu malam, pinggan mangkuk belum dibasuh di dalam sinki, telefon bimbit berebut hidangan di atas meja dan dua ekor anak kucing di atas pokok. Namun, rezeki tidak berpihak kepada ibu dua anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya