MASAK lemak sememangnya sinonim dengan Negeri Sembilan.
Namun, resipi minggu ini kami kongsikan resipi masak lemak cara di negeri sebelah utara yang memiliki sedikit kelainan daripada segi bahan.
Masak lemak Negeri Sembilan kebiasaannya hanya menggunakan kunyit dan cili padi sebagai bahan utama.
Namun, di sebelah utara, tambahan bahan seperti bawang memberikan sedikit kelainan pada rasa seperti yang terdapat di Kites Restaurant, Glenmarie Hotel & Golf Resort.
Rasa telur sotong yang lembut dipadankan dengan kuah yang berlemak dan sedikit rasa manis daripada bawang memikat selera.
Resipi kali ini dikongsikan Cef Sous Kanan hotel berkenaan, Muhamad Hanif Ahmad Sukri.
Bahan A:
300 gram telur sotong
1 camca teh kecil serbuk
kunyit
1/2 camca teh garam
Bahan B: (KISAR HALUS)
1/2 cawan metrik air
1 keping halia
2 keping lengkuas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan lain:
1 keping asam gelugur atau
asam keping.
3/4 cawan metrik santan
pekat
1 camca teh garam
1 helai daun pandan
(disimpul)
2 helai daun salam
1 biji tomato (potong 4) untuk hiasan
1 batang lada merah (potong lapan dan memanjang) untuk hiasan
Cara memasak
Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak.
Tumis sebentar sahaja dan masukkan telur sotong.Masukkan asam keping.
Masukkan pula santan dan serbuk kunyit.
Sedikit air, garam, daun pandan dan daun salam.Masukkan pula tomato.
Apabila hampir masak, masukkan lada merah sebagai hiasan.
Boleh dihidangkan.