RESIPI Seri minggu ini sinonim dengan masyarakat utara dan sering dihidangkan ketika majlis kenduri-kendara.
Istimewanya, resipi kurma kambing ini tidak menggunakan pes yang dijual di pasaran.
Sebaliknya, pes itu dihasilkan sendiri menggunakan rempah-ratus yang digiling sekali gus menambahkan lagi keenakan sajian. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
Bahan A (digiling sebagai pes)
-100 gram jintan manis
-200 gram jintan putih
-200 gram ketumbar
-1 sudu kunyit
-3 biji ibu kunyit
-300 gram cili kering
-2 sudu lada putih
-2 sudu teh lada ketumbar
-2 sudu lada hitam
Bahan B (tumis)
-10 kuntum bunga cengkih
-8 kuntum bunga lawang
-10 biji buah pelaga
-100 gram lengkuas
-7 batang serai
-300 gram halia (diricik)
-400 gram bawang putih (diricik)
-daun pandan
Bahan C
-10 kilogram daging kambing
-500 mililiter santan
-Garam
-Gula
-Kentang (dipotong dadu besar)
-4 sudu air perahan lemon
-Air
-Daun sup
-Cili hijau
-Cili api
CARA PENYEDIAAN
-Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga kekuningan.
-Kemudian campurkan separuh pes yang digiling tadi sampai pecah minyak.
-Masukkan daging kambing 10 kilogram dengan air meliputi daging sampai setengah masak
-Masukan baki pes giling dan ubi kentang yang dipotong.
-Selepas 15 minit masukan santan, garam, sedikit gula dan 4 sudu air perahan lemon
-Tunggu sehingga mendidih masukan daun sup, cili hijau dan cili api tutup periuk selama 10 minit.
-Akhir sekali, letakkan kurma kambing ke dalam mangkuk dah hiaskan dengan cili merah dan daun sup.