Wanita pecah rekod rambut terpanjang dunia

Wanita pecah rekod rambut terpanjang dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG wanita berusia 46 tahun di India memahat namanya dalam Rekod Dunia Guinness apabila memiliki rambut terpanjang dunia.

Smita Srivastava dari Uttar Pradesh dilaporkan memiliki rambut sepanjang 2.3 meter atau tujuh kaki sembilan inci.

Wanita itu meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guinness bagi kategori ‘rambut terpanjang pada individu yang masih hidup’.

Smita tidak pernah menggunting rambut sejak berusia 14 tahun.

Dia mendapat ilham menyimpan rambut panjang daripada ibunya yang memiliki rambut sihat, tebal hitam dan panjang.

Jelas Smita, dia juga cuba meniru gaya pelakon wanita Hindi era 80-an yang kebanyakannya mempunyai ‘rambut panjang dan cantik’.

“Dalam budaya India, dewi secara tradisinya mempunyai rambut yang sangat panjang.

“Malah, dalam masyarakat kita, ia dianggap tidak menguntungkan untuk memotong rambut.

“Jadi, itulah sebabnya, ramai wanita India membiarkan sahaja rambut mereka tumbuh panjang. Lagipun menyimpan rambut panjang menambahkan lagi aura kecantikan wanita,” katanya kepada Rekod Dunia Guinness.

Smita menyatakan dia mencuci rambutnya dua kali seminggu.

Katanya, keseluruhan proses seperti mencuci, mengeringkan, meleraikan kekusutan dan menggayakan rambutnya mengambil masa selama tiga jam.

“Saya mengambil masa 30 hingga 45 minit mencuci rambut dan proses lain memakan masa dua jam.

“Saya meletakkan rambut atas cadar katil untuk meleraikan rambut sambil berdiri atas katil,” katanya.


KUMPUL RAMBUT GUGUR
Smita mendedahkan dia mengumpul rambutnya yang gugur dan menyimpannya di dalam beg plastik.

“Saya tidak pernah membuang rambut gugur itu sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Smita berkata, dia mula mengumpul semua helaian rambut gugur apabila mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

“Idea membuangnya membuatkan saya berasa sedih. Saya menangis kerana mengalami keguguran rambut sebegitu. Wanita pecah rekod rambut terpanjang dunia

“Ketika itu, saya memutuskan untuk tidak membuang sebaliknya menyimpan rambut gugur itu,” katanya.

Sementara itu, Smita memaklumkan setiap kali dia keluar rumah, orang ramai kagum melihat rambut panjang dimilikinya.

Ramai menyatakan tidak percaya melihat wanita masa kini masih menyimpan rambut panjang.

“Orang ramai datang kepada saya, mereka menyentuh rambut, mengambil gambar dan berswafoto dengan saya.

“Saya sering ditanya mengenai produk saya gunakan kerana rambut saya nampak cantik dan berkilat.

“Saya memberitahu mengenai penjagaan rambut dan mereka menyatakan niat untuk melakukan perkara sama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya