Pakai tips ini, kalau pasangan main kayu tiga - Utusan Malaysia

Pakai tips ini, kalau pasangan main kayu tiga

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya dan suami sudah tiga tahun berjauhan. Suami terkantoi mempunyai hubungan dengan isteri orang iaitu rakan tempat kerja. Saya sangat kecewa dengan suami. Apa perlu saya lakukan?

Nur, Johor.

Jawapan

Dalam rumahtangga, sudah pasti setiap pasangan mengimpikan rumahtangga yang bahagia. Namun, bagaimana pula apabila rumahtangga dibina runtuh sekelip mata selepas kehadiran orang ketiga. Saya yakin mana-mana isteri pastinya terkesan apabila mengetahui suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, tambahan pula wanita tersebut berstatus isteri orang.

Dalam mengharungi ujian rumahtangga, kadangkala emosi akan melangkaui tingkahlaku.

Mustahil jika seorang wanita boleh bersikap tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku apabila mengetahui kecurangan suami.

Walaubagaimanapun, dalam beremosi, tak usah bertindak sehingga hilang kawalan.

Khuatir kelak akan membawa penyesalan. Ini perlu adan buat bila mengetahui kecurangan suami:

* Ajak suami berbincang – Berbincang dengan suami secara serius samada perhubungan yang dibina itu sekadar suka-suka atau memang serius. Beri peluang suami memberi penjelasan terhadap perhubungan mereka.

* Elakkan menyerang orang ketiga – Fokuskan pada isu antara anda dan suami dahulu. Anda hanya berhak untuk bersemuka dengan suami anda dan bukannya pihak lain.

* Beri tumpuan dan perhatian kepada anak-anak. Jaga emosi mereka yang memerlukan kasih sayang daripada anda. Jika berkemampuan, bawa mereka bercuti dan tenangkan diri.

* Berkongsi cerita dengan orang yang anda percayai. Boleh merujuk isu kepada pihak yang mampu membantu anda memberi pandangan yang betul seperti kaunselor.

* Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan. Fokus kepada kestabilan kewangan agar anda tidak meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada suami.

* Elakkan bercerita kisah rumahtangga anda di media sosial. Banyak perkara buruk daripada baik yang akan menambahkan tekanan emosi anda.

* Usah menyalahkan diri – Ingat suami yang baik, pasti tidak akan bergelumang dalam dosa.

* Mendekatkan diri kepada Allah – Hati kita semua adalah milik Allah. Yakinlah bahawa seandainya dia milik anda, dia pasti akan kembali ke pangkal jalan.

Andai suami sudah tetap dengan pilihannya, anda harus tetapkan matlamat dengan pilihan anda.

Bersedia atau tidak, apa sahaja kemungkinan, persiapkan diri menerima ketentuanNya dengan reda.

Percayalah, isteri yang hebat dan matang adalah isteri yang sentiasa tenang tanpa perlu merendahkan diri dengan suami yang dayus.

Curang itu pilihan. Jika kebahagiaan dipilih, maka bahagialah rumahtangga dan jika kecurangan yang dipilih maka runtuhlah ikatan suci yang terbina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya