Benarkah diri ini bebanan?

Benarkah diri ini bebanan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SAYA sering merasa sedih, tidak bermaya dan berasa diri tak berguna. Kalau hidup pun akan memberi beban kepada orang lain.
-AHMAD, TERENGGANU.

 

JAWAPAN
Dalam mendepani kehidupan yang kian mencabar, kita sering kali diuji dengan pelbagai rasa seperti jiwa tak tenteram, hati rasa kosong, resah gelisah sehingga rasa tidak seronok
dengan kehidupan.

Perasaan ini boleh mengganggu sesiapa sahaja sehingga boleh menjejaskan fungsi harian seseorang. Daripada apa yang anda nyatakan, berkemungkinan anda mempunyai simptom major depressive disorder atau kemurungan.

Ia adalah gangguan perasaan menyebabkan seseorang merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, hilang minat melakukan aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dua minggu dan boleh berlangsung hingga berbulan-bulan atau bertahun.

Ia boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Berikut beberapa simptom
mengenali gejala kemurungan sebagai rujukan:

-Kesedihan berpanjangan dalam tempoh dua minggu.
-Merasa diri tidak berguna dan tidak bernilai di mata orang sekeliling.
-Hilang minat atau keseronokan dengan aktiviti yang biasa anda dilakukan.
-Merasa cepat letih dan tiada tenaga.

-Gangguan tidur : Corak tidur berubah samada berkurangan (insomnia) atau berlebihan tidur (hypersomnia).
-Rasa lebih baik mati, sering mempunyai cubaan bunuh diri atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
-Hilang selera makan dan penurunan berat badan, berat badan merosot dalam masa singkat.

 

KAEDAH ATASI MURUNG:
-Berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan terdekat : Bertujuan mengenalpasti masalah dan cari penyelesaian.
-Berjumpa dengan kaunselor: Dapatkan khidmat sesi kaunseling. Klien bebas meluahkan perasaan dan mendapatkan sokongan moral.
-Buat sesuatu yang boleh mengembirakan hati anda
-Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keluarga dan rakan terdekat.
-Rehatkan diri dari perkara rutin : Fokus kepada sendiri sendiri. Berhenti seketika daripada kerja rutin yang memberi bebanan pada pemikiran anda.
-Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko : Cuba hindari daripada membuat keputusan. Memilih untuk bertenang dan fokus pada diri sendiri sehingga anda berasa lega.
-Amalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti beriadah di taman seperti berlari, berjalan dan bersantai.
-Dekatkan diri kepada tuhan : Perbanyakan solat, zikir dan membaca Al-quran untuk dapatkan ketenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya