Bahagia ikut acuan sendiri, tak perlu terikut-ikut

Bahagia ikut acuan sendiri, tak perlu terikut-ikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM berkahwin saya pernah terbaca mengenai hakikat sebuah perkahwinan itu ada pasang surutnya.

Ada masa bahagia, ada masa duka dibalut perbalahan.

Ramai juga yang mengumpamakan perkahwinan itu bagaikan suatu perjudian.

Sampai begitu sekali diumpamakan, takut juga kita yang bujang membacanya waktu itu.

Mana tidaknya sebab melihat mak dan ayah kita okey sahaja. Adikberadik pun semuanya membesar dan belajar dalam persekitaran yang happy.

Tak pernah pun ada insiden kami adik beradik merengek nak dibelikan kek untuk sambut hari jadi.

Apatah lagi meraikan wedding anniversary mak dan ayah.

Tak pernah pun mendengar perkataan itu, apatah lagi menyambutnya. Namun hidup kami rukun dan damai.

Hari ini, selepas lebih dua dekad masuk ke alam rumahtangga barulah faham mengenai situasi menjadi
seorang isteri dan suami dalam sebuah keluarga.

Cakap kampungnya, hidup berumahtangga ini tidaklah sesukar yang pernah saya baca dalam buku-buku berkaitan perkahwinan yang sarat dengan teori.

Pada saya, yang mencabarnya ialah part dalam memenuhi impian mencipta keluarga bahagia.

Dengan situasi suami isteri bekerja, masa bersama keluarga juga terhad. Masa bersama teman sepejabat pula yang jadi lebih banyak.

Itu belum lagi masa kita menatap telefon dan media sosial.

Sampai saja di rumah masing-masing ahli keluarga sudah lunyai kepenatan.

Kita lebih suka berada dalam diri sendiri dan memanfaatkan masa untuk diri sendiri. Nak tanya pasal
pasangan dan anak-anak pun mungkin sudah tak lalu sebab penat.

Itu realiti yang ramai kita hadapi. Namun hakikat itulah yang perlu kita ranapkan.

Suami isterilah kena berusaha mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga, tidak ada jalan pintas ke arah itu.

Cumanya ia akan menjadi sukar kalau kita ikut gaya orang lain. Kalau ikut cara orang lain, sampai
ke sudah kita lihat pasangan kita tidak sempurna.

Binalah bahagia dengan acuan sendiri. Saya katakan begini sebab di media sosial yang kita
tatap hampir 24 jam, ada saja pasangan yang suka tayang sweet-sweet.

Bila tengok pasangan ini secara depan-depan, ada yang mengaku sekadar konten sebab cuak ber
I Love You in real life.

Aneh tetapi benar. Orang dulu-dulu bukannya belajar tinggi-tinggi pun. Muka dan pasangan tak kenal, tahu-tahu sudah kena kahwin. Tetapi mereka faham, ijab kabul itu perlu disertakan dengan tanggungjawab.

Situasi dahulu memang tidak sama dengan hari ini. Tetapi tidak salah rendahkan ego membuat perbandingan dengan sesuatu yang murni.

Hari ini, hampir setiap hari kita mendengar mengenai perceraian, seolah-olah ia penyelesaian paling efektif, tanpa memikirkan nasib anak-anak hasil perceraian?

Statistik Jabatan Perangkaan mendedahkan kes perceraian meningkat sebanyak 43.1 peratus iaitu
43,936 kes pada 2021 ke 62,890 kes, tahun lepas dengan pasangan muda berusia antara 30 hingga 39 tahun menjadi golongan paling ramai berpisah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya