2024, tahun kurangkan bergaduh suami isteri? - Utusan Malaysia

2024, tahun kurangkan bergaduh suami isteri?

Ada yang mahu berazam tahun 2024 kurangkan bergaduh isu remeh temeh dengan pasangan. - GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APA saja perbincangan atau sembang suami isteri walaupun pada awalnya disulami gelak ketawa, tetapi seringkali penghujungnya mesti bergaduh.
Bukannya apa, bagaikan sudah menjadi kebiasaan ada isteri atau suami memang tak rasa ‘sempurna’ hari dia pada hari tersebut jika tidak bergaduh dengan pasangannya.
Ini cerita seorang kawan Akak Seri. Dia mengeluh, letih betul bergaduh ini. Lebih-lebih lagi memasuki usia emas. Sepatutnya dalam usia sebegitu, hidup kena tenang-tenang saja.
Jadi, katanya, memandangkan lusa sudah masuk ke tahun 2024, adalah baik jika pasangan suami isteri sebegini melangkah ke tahun baharu itu dengan azam mengurangkan bergaduh.
“Rasa mahu kurangkan cari pasal. Kadang-kadang hal kecil-kecil yang tak payah gaduh pun, mahu juga bergaduh.
“Bayangkan, suami tanya nak makan di kedai mana pun boleh jadi bergaduh,” katanya.
Akak Seri setuju. Selain azam mahu kurus atau menjaga badan, sepatutnya jangan terlepas pandang sikap kita terhadap pasangan.
Tak berbaloilah segala usaha untuk mengekalkan kecantikan itu, kalau hubungan suami isteri sentiasa ‘serabut’ atau senang cakap, tidak bahagia.
Rasanya tidak rugi, kalau masing-masing berfikiran terbuka dan menilai kelemahan dan kekurangan untuk memperbaiki hubungan suami isteri.
Yang kaki melepak di kedai mamak bersama kawan-kawan hingga ke subuh dengan alasan tengok bola Liga Perdana Inggeris (EPL), kurang-kurangkanlah. Bukan setiap malam ada perlawanan pun. Jadual perlawanan pun isteri boleh tahu. Asalkan tahu suaminya penyokong Liverpool, Manchester United atau Arsenal. Di rumah pun boleh menonton bola.
Yang kaki ride pun, apalah salahnya bermula tahun depan bawalah isteri sekali. Jangan mengehadkan hobi itu untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Asyik-asyik ke Thailand saja.
Yang kaki menyepahkan barang-barang di rumah, tahun 2024, belajarlah menjadi orang yang pengemas.
Yang isteri pula mungkin boleh berazam kurangkan membebel atau berleter. Mungkin suami akan lebih berada di rumah jika bebelan itu dikurangkan.
Kurangkanlah mencari pasal atau mencari kesalahan pasangan sedangkan diri sendiri pun banyak yang perlu diperbaiki.
Dengan tahun 2024, ekonomi dijangka mencabar, persefahaman dan kesabaran suami isteri tentunya amat diperlukan nanti, kalau asyik bergaduh hubungan akan menjadi bertambah stress.
Dan menanam azam, seperti menanam pokok jugalah, kalau tak disiram dan dijaga, layulah. Begitu juga azam. Kena ada kesungguhan, baru nampak hasilnya. Selamat tahun baharu 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya