KEPELBAGAIAN tekstur dan perincian pada rekaan dalaman kediaman terletak di Sepang, Selangor ini tampak begitu menarik sekali.
Biarpun jika dilihat secara kasar seakan minimalis, namun kehadiran pelbagai tekstur pada dinding menjadikan ia istimewa.
Tambahan pula, beberapa perincian pada aksesori melengkapkan gaya hiasan moden.
Pemilik, Noor Ashikin Jamaludin berkata, kediaman berkeluasan 1875 kaki persegi itu berlatarbelakangkan konsep Moden Muji Japandi.
Sentuhan dilakukan dengan penuh teliti itu diinspirasikan daripada latar kerjayanya sebagai pereka manik.
“Dulu saya kerja sebagai pereka manik yang fokus kepada baju-baju majlis, persalinan pernikahan dan perayaan hari-raya membuatkan saya minat terhadap dekorasi yang penuh tekstur, perincian dan arca seni.
“Minat itu kemudiannya saya terapkan pada hiasan dalam rumah. Dalam rumah ini ada tiga hiasan dinding tumpu daripada
fluted panel dan panel dinding bertekstur,” katanya.
Hiasan dinding tumpu diletakkan di bahagian pintu masuk, ruang tamu dan juga bilik tidur utama yang mampu menaikkan seri pada bahagian-bahagian tersebut.
MINIMALIS, PRAKTIKAL
Tambahnya, biarpun hiasan dinding daripada material bertekstur, namun ia masih kelihatan minimalis kerana penggunaan rona-rona lembut.
“Saya seorang surirumah jadi kesibukan menguruskan hal-hal seharian menjadikan keinginan untuk memiliki ruang kediaman
yang minimalis, praktikal, penuh ketenangan dan boleh memberi impak healing.
“Di samping itu, boleh meluangkan masa bersama anakanak tanpa pengawasan dan tidak perlu mengeluarkan sebarang bajet.
“Efek itu terhasil daripada penggunaan warna beige, putih, rona neutral dan material kayu yang disuai padankan,” katanya.
Material marmar turut diselitkan di bahagian meja kopi dan kitchen island untuk memberikan sedikit sentuhan moden eksklusif.
“Kelebihan konsep ini adalah ia tahan lama dan kekal relevan kerana warna-warna dipilih adalah rona selamat dan semula
jadi. Jadi ia akan memberi vibes tenang dan selesa untuk semua peringkat umur.
“Jika hendak lari sedikit daripada konsep pun saya hanya akan padankan dengan warnawarna terang atau gelap daripada segi penggunaan kain meja, sarung bantal peluk atau dari segi warna props dekorasi,” kongsinya.
Mengulas mengenai aspek penjagaan, Noor Ashikin berkata, tidak begitu rumit memandangkan ruang bermain anak-anaknya berada di tingkat atas.
Manakala sofa daripada material leather look serta tahan air dan debu membolehkan ia dilap sahaja jika kotor.