Sushi mentai udang dan tuna, sedap berlemak

Sushi mentai udang dan tuna, sedap berlemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau hari-hari biasa sudah makan nasi berlauk, apa kata sesekali hujung minggu ini cuba kelainan pula.

Hidangan dari negara matahari terbit, Sushi Mentai Udang dan Tuna ini antara yang boleh dipertimbangkan.

Dikongsikan oleh Nuraini Wahadi, resipi itu menggunakan nasi sushi yang sudah tentu ia mengenyangkan juga.

Dengan tambahan protein seperti udang dan tuna menambahkan lagi keenakan.

Apatah lagi dengan kepingan keju yang diletakkan di bahagian atas memberikan tambahan rasa berlemak. Anak-anak pasti suka.

Bahan-bahan nasi
l 3 pot nasi sushi.
l 2 sudu furikake.
l 1-2 sudu cuka nasi.
l 2 sudu gula perang.
l 2 sudu minyak bijan.
l 2 ketul tuna.
l Garam.
l Keju cheddar (pilihan).

Bahan-bahan sos
l 3-4 sudu mayonis mentai.
l 3-4 sudu mayonis putih.
l Sedikit minyak gorengan udang.
l 2 sudu kepingan cili.
l Bawang putih.
l Bawang Holland.
l 1 sudu gula perang.
l 1 sudu jus lemon.

Bahan-bahan lauk
l Udang dibelah dua.
l Tuna dalam minyak.
l 3 ulas bawang putih.
l 1/2 biji bawang Holland.
l Serbuk cajun.
l Kepingan cili.
l Perasa cendawan.
l Kobis.

Cara-cara nasi
– Gaul semua isi dalam satu bekas.
– Lapiskan bekas yang boleh dipanaskan dengan kepingan rumpai laut.
– Letakkan nasi ke dalam bekas.

Cara-cara sos
Kisarkan semua bahan dan perasakan mengikut citarasa sendiri.

Cara-cara lauk
– Panaskan minyak masak dan minyak tuna.
– Goreng bawang sampai keperangan.
– Keluarkan untuk dikisar bersama sos.
– Goreng udang dan tuna.
– Masukkan bahan-bahan perasa dan kobis atau apa-apa sayur pilihan.
– Siap masak, tapiskan minyak.
– Alaskan bekas dengan kepingan rumpai laut.
– Letak nasi, lapiskan lagi dengan kepingan rumpai laut dan letak sos serta lauk.
– Tambahkan keju cheddar, tabur daun bawang dan bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama tiga minit.
– Boleh juga tambahkan taburan bijan serta kepingan cili.
– Siap untuk dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya