Nachos kambing sedap buat kudapan

Nachos kambing sedap buat kudapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUJUNG minggu ini mesti hendak berehat-rehat bersama keluarga dan bersantai sambil menonton filem.

Sudah tentulah perlu ada kudapan supaya masa menonton menjadi lebih nikmat.

Minggu ini, Seri kongsikan idea kudapan resipi Emma Ismail, Nachos Kambing.

Resipinya istimewa kerana menggunakan daging kambing yang lembut dipadankan dengan kepingan nachos yang rangup. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN

3 keping wraps wholemeal
1 tin sup kambing (ambil
daging kambing sahaja)
1 biji tomato
1 biji bawang besar
1 mangkuk kecil daging
kambing kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk jintan
putih 1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 kecil minyak cili bawang
putih
Garam secukup rasa
Keju cheddar
Daun ketumbar

CARA MEMASAK:
1. Potong wraps saiz kecil dan goreng sehingga keperangan.
2. Masak daging kambing kisar sehingga air kering.
3. Masukkan daging dari sup kambing.
4. Masukkan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
5. Masukkan sos tomato, minyak cili bawang putih dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
6. Apabila sudah hampir masak, masukkan tomato dan bawang yang dipotong dadu. Kacau seketika dan tabur keju di
atasnya. Tutup kuali supaya keju cepat cair.
7. Kemudian, boleh tuang ke atas wraps yang telah digoreng tadi.
8. Tambah minyak cili bawang putih dan tabur hirisan daun ketumbar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya