Dekorasi berseri dan wangi dengan potpuri

Dekorasi berseri dan wangi dengan potpuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEKORASI dan susun atur rumah yang kemas tidak lengkap rasanya jika tidak disertakan dengan bau-bauan yang wangi.

Bau yang wangi bukan sahaja mampu menambah dimensi dalam tatarias kediaman, malah ia juga mampu mewujudkan suasana nyaman dan tenang.

Disebabkan itu, ketika ini ramai yang mula menggunakan wangian potpori bagi membangkitkan haruman dalam kediaman.

Namun, bagi pemilik Attitude Planet Art (APA) Art, Fauzi Abd. Majid, potpuri ditransformasikan menjadi dwifungsi di mana ia bukan hanya untuk mewangikan malah, dijadikan hiasan.

Jika dahulu potpuri sinonim diletakkan di dalam uncang, namun kini dia menginovasikan potpuri dalam pelbagai bentuk yang lebih menarik untuk menjadi elemen dekorasi dalam satu-satu ruang.

“Potpuri ini berkonsepkan produk kitar semula yang kita naiktaraf dengan warna-warna menarik untuk menjadi hiasan potpuri.

“Ia bukan sahaja mengharumkan ruang, malah boleh juga menjadi dekorasi pada bahagian meja sisi ataupun bilik,” katanya kepada Seri.

Potpuri adalah campuran tanaman beraroma yang dikeringkan untuk tujuan mewangikan ruang.

BAHAN SEMULA JADI

Antara bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan potpuri antaranya adalah akar serai, pandan, kayu manis, cengkih dan
bunga lawang.

Bahan alami yang sememangnya mempunyai haruman tersendiri ini perlu melalui proses pengeringan bagi menjadikan ia tahan reput dan kulat.

“Kemudian, potpuri ini diwarnakan dengan warnawarna yang terang. Saya memilih warna-warna tersebut untuk menyerlahkan hiasan ini memandangkan ia bersaiz kecil.

“Jadi, apabila ia diletakkan pada satu-satu ruang, walaupun kecil, ia akan kelihatan menyerlah. Tapi, sebenarnya, saiz kecil atau besar bergantung kepada permintaan pelanggan,” ujarnya.

Daripada segi harga, katanya, ia bermula daripada RM10 hingga RM150.

“Harga berubah mengikut saiz dan bahan yang digunakan. Malah, setiap pembelian juga akan disertakan dengan minyak aromaterapi.

“Ia boleh dititiskan pada potpuri mengikut keperluan pelanggan,” jelasnya lanjut.

Bagi minyak aromaterapi pula, pilihan seperti lemon, kayu manis dan bunga mawar turut disediakan.

Tiga aroma berkenaan sememangnya sinonim untuk aromaterapi bagi membangkitkan kenyamanan dan ketenangan ruang.

Bau yang lembut dan segar boleh memberikan mood yang lebih baik apabila pulang ke rumah apatah lagi setelah letih bekerja seharian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya