'Bitter sangatkah isteri-isteri di Malaysia ni?' - Utusan Malaysia

‘Bitter sangatkah isteri-isteri di Malaysia ni?’

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kenapa drama kita tak macam drama Korea? Banyak ideanya di luar kotak. Bukankah drama itu suatu bentuk hiburan yang menghiburkan?.

Ini setiap kali menonton, kita bagaikan nak kena makan ubat darah tinggi.

Banyak watak jahat dipaparkan. Nak tengok pengajaran pun hanya di bahagian hujung dan episod akhir yang tak sampaipun lima minit di paparkan. Bitter sangat ke isteri-isteri di Malaysia ni?

Watak suami pula semuanya lurus belaka. Sampai bila watak isteri jahat ini disuap kepada penonton sebagai bahan tontonan?

Ini sebahagian daripada perbualan dua wanita pertengahan usia yang duduk sebelah saya di dalam LRT saya dengari baru-baru ini.

Mereka kedengaran cukup marah mengenai drama Melayu yang ditayangkan di kaca televisyen yang viral dan menerima kutukan dek kerana dialog celupar dan lokasi penggambaran di Tanah Haram.

Isu itu turut menarik perhatian Ustazah Asma’ Harun hingga memberikan teguran terbuka kepada yang terbabit dalam drama berkenaan termasuk stesen televisyen itu.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah video Imam di Masjid Madinah menyindir jemaah asal Indonesia yang memiliki kebiasaan buruk saat melakukan ibadah di Tanah Suci. Ia menyebut jemaah Indonesia suka selfie baik saat melakukan ibadah umrah maupun haji.

Memperlihatkan lokasi drama viral ini dilakukan orang Malaysia, tak tahulah pula bagaimana ‘nasib’ orang kita bila kerjakan ibadah di sana nanti, silap-silap kena halau.

Besar kuasa tular ini, malu nama negara sedangkan yang buatnya, bukan kita.

Secara peribadi, saya tidak setuju wanita dipaparkan dalam watak isteri yang biadap sebab itu durhaka.

Melengkapkan pakej itu bila suami dihidupkan sebagai lemah dan lembab, macam lembu kena cucuk hidung.

Pengajaran cerita pula berlaku di episod akhir yang klise. Yang jahat di balas jahat atau watak jahat menerima akibat mati atau sakit.

Dengan kata lain memang ‘padan muka’.

Yang membezakannya antara drama-drama inilah ialah darjah ‘kejahatan’ wanita yang dihidangkan.

Katanya, lagi jahat dan zalim, lagi menarik tontonan. Betulkah rating melambangkan penonton suka sesebuah naskhah?.

Penonton mahu jalan penyelesaian sesuatu isu. Misalnya kalau isteri pendera, apa yang perlu suami buat?.

Banyak yang saya tonton tiada penyelesaian yang mana ia mungkin membawa pengertian pengarah dan penulis skrip ketandusan idea atau malas nak fikir lebih.

Tonjolkanlah sesuatu yang membina dan tidak keterlaluan. Kalau orang boikot cerita Melayu, kata tidak menyokong pula, tetapi hakikatnya?.

Sekarang ini, saudara kita di Gaza berjuang mempertahankan bumi Gaza daripada kekejaman Isreal, kita kat sini berlajarlah berjuanglah menahan nafsu.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya