Uniknya kombinasi rumah ladang, Scandi-Boho - Utusan Malaysia

Uniknya kombinasi rumah ladang, Scandi-Boho

Elemen kayu di dapur melengkapkan elemen rumah ladang dan Scandi-Boho.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menarik sungguh melihat kediaman yang satu ini apabila ia ditatarias menggunakan dua konsep yang sangat popular dalam kalangan kaki dekorasi pada ketika ini.

Tidak lain tidak bukan, konsep rumah ladang dan Scandinavian Bohemian (Scandi-Boho).

Kedua-dua konsep itu mewujudkan suasana ruang yang tampak luas dan kemas selain sejuk mata memandang menerusi penggunaan rona-rona lembut pada hiasan dan perabot.

Pemilik kediaman, Fatin Nor Azrin Omar berkata, konsep rumah ladang yang diselitkan dengan sedikit elemen Scandi-Boho dipilih memandangkan ia tidak terlalu memerlukan kesempurnaan.

TATARIAS dua konsep yang sangat popular dalam kalangan kaki dekorasi pada ketika ini.

“Paling suka dekorasi rumah ladanga ini sebab dia tidak terlampau sempurna. Bagi kami yang memang suka DIY ini memang sangat sesuai.

“Konsep rumah ladang dan Scandi-Boho ini bagi saya ia tidak memerlukan kesempurnaan sangat, jadi kalau ada yang senget atau lama itulah dia,” katanya kepada Seri.

ELEMEN PELENGKAP

Sementara itu, elemen pelengkap bagi tema kediamannya berkeluasan 40 x 70 itu adalah dekorasi dinding.

Hiasan dinding seperti dinding tumpu, shiplap serta elemen-elemen kayu pada bahagian dapur.

Selain itu penggunaan perabot warna oak lembut serta tumbuhan hidup berwarna hijau turut membangkitkan suasana damai dan tenang.

Fatin Nor Azrin Omar (kiri) bergambar bersama ahli keluarganya.

“Kami tinggal di rumah ini baharu tiga tahun, jadi dalam tempoh masa ini kami perlahan-lahan lengkapkan elemen-elemen yang diperlukan.

“Kelebihan konsep yang kami pilih ini lebih kepada kos, sebab daripada segi pemilihan warna putih senang dijaga. Cat putih susah luntur, tidak mudah jemu dilihat serta outstanding sebab jarang-jarang rumah yang menggunakan.

“Kebanyakan barang-barang dalam rumah ini kami pasang sendiri dan barang-barang dekorasi pun kami DIY sahaja. Ada juga yang kami kitar semula perabot-perabot yang jiran-jiran buang,” kongsinya yang menetap di kediaman itu bersama suami dan anak-anak.

Mengulas daripada segi penjagaan, kata Fatin tidak sukar, namun memerlukan kerajinan untuk melakukan DIY mengikut tema diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya