sate ayam mudah disediakan

Sate Ayam mudah buat di rumah

Sate ayam mudah disediakan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAAT berkumpul beramai-ramai bersama keluarga atau ketika ada keraian juadah sate antara yang sering menjadi pilihan.
Apa kata di hari cuti ini cuba buat sate sendiri di rumah. Bahan-bahan pun mudah sahaja yang kebiasaannya memang ada di dapur.
Seperti yang dikongsikan oleh Zuhaini Noh yang menggunakan barang-barang asas sahaja untuk menghasilkan sate enak dan beraroma.

Zuhaini turut berkongsikan tips penting untuk mengelakkan lidi patah semasa membakar sate iaitu merendamkan dahulu lidi di dalam air. Jom cuba.

Zuhaini Noh

Bahan-bahan
7-8 ulas bawang merah.
5 batang serai.
4 inci halia.
2 sudu besar jintan putih.
2 sudu jintan manis.
Sedikit serbuk kunyit.
4 sudu besar gula.
Garam dan perasa.

Cara-cara

1. Kisarkan semua bahan-bahan tadi dan perap dengan ayam sebentar. 2. Boleh cucukkan ayam ke
lidi. Pastikan lidi rendam di dalam air sekejap untuk elak ia mudah patah semasa dibakar.
3. Kemudian, bakar sate dan sapu sedikit minyak semasa membakar.
4. Bila isi ayam keperangan, boleh angkat.
5. Hidangkan sate bersama bawang merah hiris, timun dan nasi himpit serta kuah kacang.


KUAH KACANG

Bahan-bahan
500 gram (g) kacang tanah.
1 senduk minyak masak.
1 liter air putih.
2-3 sudu besar air asam jawa.
250 g gula putih.
3 keping gula nisan (gula
Melaka).
1 sudu kecil garam.
1½ senduk cili kisar.
4 batang serai.
3-5 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2cm lengkuas.
1½ sudu besar udang kering.
Cara-cara
1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak hingga garing dan wangi (mengunakan api yang perlahan).

2.Kemudian, kisar kasar supaya ada tekstur kacang tanah.
3. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, udang kering dan bawang putih sehingga halus.
4. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
6. Masukkan gula Melaka atau nisan, gaul hingga sebati.
7. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam, digaul sebati.
8. Masak mengunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuahnya pekat dan sesuaikan rasanya.
9. Siap dihidangkan bersama sate.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya