Sarah Sunny peguam pekak pertama India - Utusan Malaysia

Sarah Sunny peguam pekak pertama India

IBU bapa Sarah insan yang sering menyokong dan memberi galakan kepadanya untuk bergelar peguam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sarah Sunny mencipta sejarah apabila menjadi peguam pekak pertama India yang berhujah di Mahkamah Agung.Buat pertama kali, peguam berusia 27 tahun itu tampil di hadapan Ketua Hakim Negara, DY Chandrachud pada September lalu selepas mahkamah membuat pengecualian dan membenarkan jurubahasa bahasa isyarat membantunya berhujah.

Pada 6 Oktober lepas, mahkamah turut melantik jurubahasa sendiri untuk Sunny supaya dia dapat memahami apa yang berlaku semasa prosiding berlangsung.

Kumpulan pemerhati menyatakan kehadiran Sunny dalam mahkamah boleh membantu sistem perundangan India menjadi lebih inklusif dan akomodatif kepada keperluan masyarakat pekak.

Peguam kanan, Menaka Guruswamy menyifatkannya sebagai peristiwa ‘bersejarah dan amat penting’.

Rakan sekerjanya, Sanchita Ain juga memaklumkan, Sunny akan menerima pendedahan positif jangka panjang, selain berjaya memecahkan stereotaip.

“Di mahkamah lain, Sunny tidak dibenarkan menggunakan bahasa isyarat kerana para hakim tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut dan Sunny menyediakan hujahnya secara bertulis,” kata Ain.

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN

Sunny memberitahu BBC, dia berasa amat bangga dengan pencapaiannya dan ingin tunjuk kepada dunia bahawa individu pekak juga boleh berjaya seperti insan normal.

Wanita itu dilahirkan di Bengaluru dan mempunyai kembar bernama Maria Sunny dan abang, Pratik Kuruvilla yang juga pekak.

Abangnya kini menjadi jurutera perisian di AS, manakala kembarnya menjadi akauntan bertauliah.

Sunny memberitahu, ketika di alam persekolahan, dia dan adik beradiknya tidak belajar di sekolah khas, sebaliknya menghadiri sekolah biasa.
Katanya, dia belajar dalam kelas dengan membaca gerak bibir guru dan bantuan rakan-rakannya.

“Sudah tentu ada rakan yang mengejek dan saya bertengkar dengannya, namun saya tidak mahu memikirkannya sangat,” ujar Sunny.

IBU BAPA SOKONG

Jelas Sunny, dia berasa amat bersyukur kerana ibu bapa dan adik-beradiknya sering menyokongnya dalam merealisasikan impiannya bergelar peguam.

Wanita itu mengambil peperiksaan menjadi peguam pada 2021.

“Ibu dan ayah saya melayan kami tiga beradik secara adil dan penuh kasih sayang.

“Mereka sedikit pun tidak membezakan kami dan apa yang kami kecapi hari ini adalah usaha kuat ibu dan bapa kami,” katanya.

PEKAK SUKAR DAPAT KERJA

Dalam pada itu, pakar menyatakan golongan pekak di India sukar mendapat pekerjaan, terutamanya dalam bidang guaman berikutan stigma dan kekurangan jurubahasa dalam mahkamah.

Pada 17 April tahun ini, Mahkamah Tinggi Delhi membenarkan peguam pekak membawa jurubahasa untuk menyampaikan hujah perbicaraan.

Pada September lalu pula, mahkamah tinggi memaklumkan akan mula melantik jurubahasa sendiri.

Selain itu, mahkamah turut meminta Persatuan Jurubahasa Bahasa Isyarat (ASLI) menyelaras protokol baharu untuk golongan tersebut.
Langkah itu dilakukan bagi memudahkan peguam dan hakim pekak mengikuti prosiding.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya