Risau dengan SPM - Utusan Malaysia

Risau dengan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anak sulung kami bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apakah yang perlu kami dan anak lakukan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan?

Anita

Jawapan

Setiap kali menjelang musim peperiksaan, ibu bapa biasanya akan menzahirkan rasa risau dan bimbang dengan anak-anak.

Mahu beri penekanan, risau anak tertekan. Tiada desakan khuatir anak mengambil sikap sambil lewa. Salah pendekatan yang digunakan bakal menjejaskan masa depan anak-anak. Dilema ini menganggu emosi ibu bapa.

Dalam meraikan rasa bimbang itu, jangan pula sampai menjejaskan emosi dan jadi bebanan pula.

Antara persediaan menghadapi peperiksaan boleh dilakukan ibu bapa dan pelajar:

IBU BAPA

Tempat belajar kondusif – Elakkan letak ruang belajar ditempat terbuka kerana khuatir akan terganggu dengan adik-adik yang lain.

Luangkan masa bersama anak-anak – Berbual tentang isu yang mereka hadapi dan menasihati mengikut keperluan. Ia membantu emosi anak-anak lebih tenang.

Pendidikan tambahan – Hantar anak ke kelas tambahan atau mengambil guru peribadi. Pendidikan tambahan membantu anak lebih faham dan fokus dengan sesi pembelajaran.

Kenalpasti pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya – Tahu dengan siapa anak-anak berkawan kerana pergaulan mempengaruhi aktiviti harian. Jangan biarkan anak-anak tersalah pilih kawan.

Beri ruang belajar – Elakkan daripada memberi gangguan semasa mereka mengulangkaji. Sediakan jadual harian seimbang dan tidak terganggu dengan rutin kerja rumah.

Doakan kejayaan anak-anak – Doa ibu bapa mudah dimakbulkan. Jangan putus asa dan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak.

PELAJAR

Rancang pembelajaran – Ia membantu membuat ulangkaji awal menjelang musim peperiksaan.

Mood positif – Elakkan daripada memikirkan perkara bukan bidang akademik. Tenangkan fikiran dan fokus kepada persediaan menghadapi peperiksaan.

Cukup rehat – Pastikan sesi pembelajaran, pemakanan, aktiviti sukan dan waktu rehat seimbang untuk kesihatan yang baik.

Bergaul dengan rakan sebaya – Cari rakan yang boleh memberi semangat dan motivasi. Elakkan daripada berkawan dengan rakan yang dapat menjejaskan emosi anda.

Berkongsi dengan ibu bapa sekiranya terdapat isu – Dapatkan nasihat orang tua sedikit sebanyak dapat membantu menguatkan emosi anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya