Hidangan inspirasi daripada negara matahari terbit ini sememangnya sangat istimewa. Ia memiliki tekstur dan rasa unik hasil daripada teknik masakan yang hebat, sentuhan Cef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, Cash Fong.
Cef yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kulinari itu, bijak bermain dengan rencah dan teknik masakan menjadikan stik daripada leher kambing ini cukup mewah dengan rasa dan rupa.
Jom lihat perkongsian daripada Cef.
Bahan-bahan
l Perapan daging daripada bahagian leher kambing.
l Garam.
l Daun bawang.
l Hirisan halia.
l Lada biji.
l Miso putih halal.
l Yuzu Kosho.
l Gula.
l Mirin halal Kikoman.
l Air berkarbonat.
l Sos Miso.
l 300 gram (g) Miso putih halal.
l 100 g gula.
l 200 g Mirin halal Kikoman.
l 200 mililiter (ml) air bikarbonat.
l 1 biji kuning telur.
l 50 gram mayonis.
l Secubit parutan kulit lemon.
Cara penyediaan
1. Rendam daging dalam larutan air garam, daun bawang, hirisan halia dan biji lada selama sejam.
2. Kemudian, keluarkan daripada rendaman dan kukus selama 10 minit.
3. Biarkan sejuk dan kemudian perap dengan adunan yuzu miso (campur semua bahan perapan daging) dalam vakum pek selama 24 jam.
4. Setelah itu, basuh dan keringkan daging.
5. Bakar 175cc dengan suhu 90 darjah selsius untuk 10 minit.
6. Keluarkan daging dan kemudian salutkan dengan sos miso (campur semua bahan sos miso).
7. Bakar sekali lagi selama 10-15 minit dengan suhu teras 90 darjah selsius dengan 185 cc sehingga perang keemasan.
8. Goreng sebentar brokoli dan lobak merah di dalam kuali dan hidangkan bersama daging dan sos miso.