Ketagih game

Ketagih game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

SAYA sudah berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Saya dan suami sering bergaduh. Suami suka bermain game online. Saya rasa kesunyian. Awal kahwin dulu saya ingat hobi suami sekadar untuk melepaskan penat bekerja. Tetapi lama-kelamaan sikapnya tidak berubah, malah kerap menghabiskan masa dengan telefon berbanding saya. Nak menegur tetapi saya takut.
-AINA, KL

Jawapan
Bermain permainan secara online menjadi satu fenomena dalam kalangan remaja dan dewasa. Bermain game sudah menjadi kebiasaan terutama kepada lelaki.

Tidak dinafikan bermain game dapat menghilangkan tekanan kerana apabila bermain, otak akan tertumpu sepenuhnya dengan permainan itu, maka hilang segala keresahan dan keserabutan yang melanda.

Tambahan pula, aktiviti ini dapat memberi kepuasan untuk diri sendiri apabila berjaya menghabiskan permainan dengan jayanya.

Namun, permainan ini sebenarnya memberi kesan buruk kepada individu terutama yang sudah berkahwin.

Bukan semua isteri suka melihat suami melayani game melebihi layanan kepada ahli keluarga.

Menurut pakar psikologi klinikal, Serena Sinniah, kebergantungan terhadap telefon pintar boleh menyebabkan ketegangan dalam perhubungan apabila pengguna terlalu leka dengan gajet itu ketika bersama dengan kawan-kawan atau orang tersayang.

Sebagai isteri, sudah pasti puan juga merasai perkara sama.

Kepenatan menguruskan rumah tangga, kadang kala memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita.

Keterujaan menunggu suami pulang kerja berakhir hambar bila suami mendahului telefon berbanding keluarga. Ia pasti menyebabkan puan merasa kecewa.

Sebagai isteri, terdapat beberapa tips untuk puan lakukan supaya dapat membantu semula perhubungan puan dengan suami:

a) Berkomunikasi – Elakkan daripada terus melarang suami bermain game. Bincang dengan suami tempoh dibenarkan untuk bermain. Tamat tempoh bermain, suami perlu fokus kepada rumah tangga.

b) Perbanyakkan aktiviti bersama keluarga – Ajak suami melakukan aktiviti bersama seperti solat, memasak, makan dan riadah outdoor.

c) Kongsi minat – Cuba pupuk minat yang sama dengan suami ketika waktu lapang. Belajar bermain game dan jadi pasangan game kepada suami. Jika tidak minat, anda boleh melakukan aktiviti yang disukai sementara menunggu suami selesai bermain.

d) Luahkan rasa rindu kepada suami – Nyatakan keperluan dan emosi anda kepada suami. Berterus terang dengan apa yang anda rasa supaya suami faham keinginan itu.

e) Jumpa kaunselor – Bantu memberi kesedaran kepada suami kepenting hidup berumahtangga. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya